Jangan Lupe Baca Ni Dulu

Kepada pengunjung blog ini, sila pastikan seandainya anda ingin membaca entri, klik pada : teruskan membaca untuk membaca entri secara keseluruhan..

p/s: entri tu bahasa mane?

Friday, December 4, 2009

PESAN ATOK

Apa yang atok pesan? Atok? Atok mana.. Mana-mana atok pun takpa..
Kalau atok anda digelar datuk, grandpa, to'ki kah, tak kesahla.. yang penting,
kisah ini mengenai pesan atok.. Jangan salah faham.. atok tak pesan burger, nasi ayam atau pesanan ringkas, tapi ini pesan atok. Pesan apa? Pesan Atok. Atok tak pesan makanan tau (berapa banyak kali nk ulang daaa..) sila la baca.. Pesan Atok.








Apa lagi? Jangan lupa ape atok pesan tu... Ingat.. Jangan lupa...
Apa atok pesan? Itulah pesan atok.. **kalau rase2 tak nampak dgn jelas, klik saja mcm biasa...
p/s: mana pandai lukih lawa gini... diri sendiri yg terkejut nanti..

Teruskan membaca......

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA .. 1430 .. MAAF ZAHIR BATIN



Teruskan membaca......

Wednesday, September 16, 2009

COMEL LAH







Selamat Menyambut Hari Malaysia.. 16 September


Semoga Malausia dilindungi Allah sentiasa, dan semoga kita sentiasa bersyukur lahir dan hidup di bumi Malaysia ini

Teruskan membaca......

Wednesday, July 1, 2009

Radio Rosak


Rosak radio ni.

Makluman.


Oleh kerana pemilik blog ini tidak mempunyai sebarang saluran capaian internet samada berwayar atau pun tidak berwayar, dan kepayahan tenaga, kewangan dan jarak untuk ke siber kafe yang mengalu-alukan pembangunan teknologi, maka dengan ini tidak lah blog ini dapat dikemas kini sekemas kemasnye dengan sesenang hatinya atau sekerap kerapnya.

Semoga teman-teman lain yang sudah berkerjaya, berbakal berkeluarga dan seangkatan dengannya, semoga berbahagia.



p/s: macam pernah baca ucapan ini, tapi dimana ya..


Teruskan membaca......

Wednesday, May 20, 2009

Siapa sebenarnya yang senget?

Hai.. Kembali kite.

Kisah hari ini berkenaan tentang kisah sesuatu yang senget ni alam ini.
Kejadian senget ini kadang2 je berlaku.

Antaranya, kisah pertama: adalah apabila kelam kabut membuat cetakan melalui mesin bernama PRINTER, dan hasil yang keluar adalah berbentuk senget. Senget atas setentunya kan sengetkan yang di bawah. Maka, berkecailah hatinya. (sob sob sob )

Kedua pabila sengetnya sesuatu yang panjang, halus, dan bercorak corak. Kain baju kurung namanya. Kelam kabut juga mengakibatkan tersenget2 kain yang dipakainya. Keadaan ini boleh mengakibatkan hilang keayuan seorang yang berjantina P di dalam kad pengenalan malaysia.


Seterusnya, apabila senget dari segi membuat garisan di atas kertas peperiksaan. Pabila perlunya membuatkan petak atau border pada sesuatu soalan, maka, bertanggungjawab sepenuhnya la sang pembaris untuk memastikan segalanya lurus belaka. Tangan yang lagi halus dan lembut perlulah juga bijak mengawal pergerakkan supaya garisan itu terbentuk dengan tidak sengetnya.

hm, banyak da pulak tahap kesengetannya. yang penting, cerita utama adalah berkaitan ini.

Sila lihat dengan teliti:


Tersenget senget



Zoom sikit


Hm, ghasa macam pale senget pun ade.

Senget dari sudut lain

Ish, ish..


Ada bende lain yang tumpang glemer kesengetan (**benda biru)


Teruskan membaca......

Thursday, May 7, 2009

(TUTORIAL) Scheduling your articles

Assalamualaikum
div align="justify">
Hai.. kembali kita di rancangan 'Mari Belajar' (ujudke rancangan nih?) Walaupun tajuk di atas dalam Bahasa Inggersi, yang pasti artikel ini akan dibentangkan dalam Bahasa Melayu. ehe. Anda akan mula bercuti tak lama lagi? Telah pun bercuti dari menjalani sesi peperiksaan yang panjang? dan di kampung halaman tiada internet? Tak rajin untuk ke cyber cafe? (macam saya?) Tetapi tidak mahu membiarkan blog anda terbiar tidak diupdate? Maka di sini diberikan tips untuk posting articles mengikut jadual yang anda inginkan. <(Thanks to tawawfayakof)

MULA
(1) Di halaman create post, klik post option yang terletak di bahagian bawah kiri (sebaris dengan Label for this post).
(2) Kemudian, akan keluarlah bahagian untuk post date and time, di mana anda ubah sahaja tarikh dan masa mengikut yang anda kehendaki.
(3) Dah. Itu je. Tapi jangan silat tulis tarikh. Format tarikh: Month/day/Year atau 5/10/09 (saje letak tarikh akhir periksa)
Selamat mencuba dan semoga berjaya. p/s: kalau rajin, wat la tuk sebulan. Biar dia update sendiri,takyah pi cyber cafe. Tapi, kalau rajin tahap maksima, wat tuk setahun. ahaks.

Teruskan membaca......

Sunday, May 3, 2009

(TUTORIAL BARU) Cara nak buat Read more

Hari ini kita belajar cara tuk buat READ MORE, macam yang saya cuba buat. cuma, pandai-pandai lah adjust sendiri nanti ya.



MULA:

Secara umumnya, artikel yang dipampangkan di halaman depan akan ditampilkan secara penuh. Jika pada halaman depan menampilkan 5 artikel, maka halaman depan akan menjadi panjang. Mungkin ini akan mengganggu emosi pembaca anda. hehe. Ada langkah mudah untuk memecah isi artikel menjadi 2 bagian. Bahagian pertama, bagian kecil dari artikel yang ditampilkan di halaman depan. Bahagian kedua adalah bagian lainnya yang akan ditampilkan bila artikel dibuka/diklik.

Contohnya:
"Keutamaan Membaca Al-Qur'an. Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada junjungan dan kekasih kita, Rasulullah, keluarga beserta para sahabat beliau, shalallahu 'alaihi wasalam. Al-Qur'an adalah kalam (firman) Allah. Keutamaannya atas segala perkataan seperti keutamaan Allah atas seluruh makhluk-Nya. Membacanya adalah amalan yang paling utama dilakukan oleh lisan... Read More.."

Adakah susah membuatnya.. Cuba dulu baru tahu..
Terdapat 3 tahap, iaitu melibatkan bahagian layout, setting, dan pada bahagian post.

Langkah-langkah pada bahagian LAYOUT adalah:

1)Login Dulu
2)Pada halaman dashboard, klik link layout.
3)Klik link Edit HTML.
4)Cari checkbox 'Expand Widget Template'
5)Pada column HTML itu, carilah code ini:

6)Hapuslah code itu, ganti dengan:



7) Tulisan 'Read More' boleh ditukar kepada menjadi 'Baca Selengkapnya' atau 'Baca Lagi' atau ape2 yang bersesuaian dengan jiwa anda.
8) Dari segi HTML, itu sahaja. Jangan lupa klik SAVE untuk menyimpan.


Seterusnya adalah membuat template/pola untuk setiap artikel yang akan kita post, iaitu di bahagian SETTING:


1)Pergi pada bahagian Menu Setting - Formatting.
2)Cari kotak 'Post Template'. Isi kotak itu dengan code:


3) Silalah Simpan/Save ya.

Langkah terakhir adalah membuat artikel postingnya tentunya di bahagian POST, iaitu:

1)Pergi ke New Posting.
2)Antara 2 tab, 'Compose' dan 'Edit HTML', pilihlah Edit HTML. Akan terlihat code template yang telah kita simpan sebelumnya.
3)Pecahlah artikel menjadi 2 bahagian. Bagian pertama, yang akan terlihat di bahagian depan, letakkan di atas code
Bagian kedua diletakkan setelah kode itu dan sebelum code

Contoh hasilnya:

Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada junjungan dan kekasih kita, Rasulullah, keluarga beserta para sahabat beliau, shalallahu 'alaihi wasalam. Al-Qur'an adalah kalam (firman) Allah. Keutamaannya atas segala perkataan seperti keutamaan Allah atas seluruh makhluk-Nya. Membacanya adalah amalan yang paling utama dilakukan oleh lisan < class = " fullpost ">
Al-Khaththabi mengatakan: "Disebutkan dalam atsar bahwa jumlah ayat al-Qur'an adalah sesuai dengan jumlah tingkatan dalam surga. Dikatakan kepada pembaca (al-Qur'an), 'Naiklah dalam tingkatan sesuai dengan ayat al-Qur'an yang sebelumnya kamu baca (di dunia).' Karena itu siapa yang membaca dengan sempurna seluruhnya al-Qur'an, maka ia menempati tingkatan surga yang paling atas di akhirat. Sedang siapa yang membaca sesuatu juz darinya, maka kenaikannya dalam tingkatan surga sesuai dengan bacaannya itu. Dengan demikian, akhir pahalanya adalah pada akhir bacaannya. < / span >


4) Kemudian, Publish

-- Siap-- Harap-harap menjadi dan semoga anda faham la ye.
p/s: saya buat ni, tapi sume jadi Read More walaupun entri pendek. so, pandai2 lah adjust kalu rajin..

Rujukan dari rini. Thanks a lot (tak ingat link asal)

Teruskan membaca......

Saturday, May 2, 2009

dONUT vERSI LOLIPOP/STICK



ini lah donut versi lolipop keluaran caricarimakansedap berhad. dan pelanggan tetap yang selalu mengunjungi kedai tersebut untuk mendapatkan donut itu adalah...



Agak-agak siapa tangkap gambar? mesti lah tuan punya kedai..

Teruskan membaca......

Tuesday, April 28, 2009

Dinner OMB66C, Daku tak femes macam....

~yang femes& yang pemurah ~
p/s Thanks a lot Prof Aida


~~yang femes~~
p/s: dahaga ke abih air tu


~~femes bangat sih~~
p/s: sebelum makan posing cun.
gambar pinggan selepas makan je tak letak.. kalau tidaakkkk....
fuh, reject. hihi


~~adakah beliau tahu...itu lah yang daku....~~
(rahsia la....)

dan...


Tak femes kat dinner, tapi papepun .....
kat duit pun ok la.

Amaran: Jangan Merokok

Teruskan membaca......

Monday, April 27, 2009

Sila Tegur

Ha.. ini bukan tajuk filem melayu seram terbaru.. cuma tajuk untuk menyatakan ....

sila la tegur lukisan kanak2 ini: tak tiru ita.. memang dah lama nak letak .
teringin nak buat gambar trademark. tapi tak pandai..


Teruskan membaca......

Saturday, April 18, 2009

Hasil Dari Kelaparan

Oleh kerana seharian terperuk di 'kediaman' dan tidak berapa rajin ke mana-mana, maka perut pun kelaparan. Hasilnya, tangan pun gatal2 cari gambar2 makanan sebagai mengisi waktu dan fikiran. Tengok gambar pun jadilah..


Nota: gambar2 di ambil dari google image semata-mata. sebarang link yang berlaku secara tidak langsung ke blog2 berkaitan adalah tidak disengajakan kerana semuanya asal di 'click' dari google. Anyway, Thank you 2x.







































ha ni last sekali..
HAMIK!!





TAK KENYANG TAK TAU LA...
~~kih kih~~








Teruskan membaca......

Lagi: Teknik Memahami Si Dia



assalamualaikum..
jika di 'darikacamata' telah memaparkan entri berkaitan cara untuk memahami si dia. iaitu nota2 exam, maka di kiriman di blog ini , di selitkan beberapa tips2 yang berkaitan..

kalau tips ini semacam dah terlewat, sempat sempatkan. kalau dah pandai, baca sekali lalu je. kalau bosan, baca sambil makan karipap. kalau macam merapu, jom tengok Ali Baba dan 40 Penyamun,.. "jangan merapu..atau..skodeng, kang kena sliiiperrr.." lebih kurang la..


BAGAIMANA UNTUK MUDAH MENGINGAT, ATAU MEMAHAMI?


1. beri tumpuan dan berkomunikasi.

maksud, walaupun cara anda cuma menghafal, buat dgn tumpuan. InsyaAllah. bukan hafal yang berulang2 tu sahaje, tapi hafal yang dlm bentuk komunikasi. lepas habis satu page, tengok balik isi kandungan buku, cuba cakap kat diri sendiri, contohnya :"oh,, bab 3, Tajuk Descriptive Statistic, pasal formula kira mean (takat ni tu je yg bermain di fikiran:sambung dialog nye), rasenye,,hmm, mean tu kan purata, mula2 kite kena tambah sumaaaaa .. bahagi dgn jumlah bahagian2 tersebut.. HAH!! Ingat dah....".. bacala dgn kuat dan beremosi, supaya anda suka mengingati formula itu. jgn mengejutkan kwn yg tengah tido atau yg tengah tertelan telur rebus , sudah...

2.Penggunaan Kata Kunci

ramai kata dari segi guna keyword2.. namun, berapa byk kita nk ingat dan berapa banyak daa keyword2nya.. penah dlm satu test, ada steps yang sama jumlah tapi lain keyword. tup2 salah .. terbalik . maka, bila difikir2 balik, sebenarnya yang berlaku hanyalah kurang memahami keyword tersebut. biasanya hafal dgn cepat dan kelam kabut (contoh 1 jam sblm test), dan tak fokus. jadi, keyword itu bukannya tak bagus.

cuma kita sediakan keyword itu awal2, jangan last minute (macam sekarang.. cis..terasa..)dan pastikan guna kod yang berbeza yang dapat dibezakan.. (bukan berbeza tapi tak dapat dibezakan..last2 tertukar @ lupa. itu lah yang selalu terjadi mak kiahh oii..)

3. Kalau TERMS dan FAKTA?

kalau terms dan fakta, anda kena faham baru ingat.

kalau steps, hafal baru faham pun takpe, (rasenye.,hehe..)
tapi terms / fakta ni beza. kita boleh tambah2 selagi mana maksudnya masih di landasan yang sama (ikut pensyarahla.. jangan jadi kes markah kesian..), kita kena faham kalau bab2 terms dengan fakta ni (sama tak dua benda nih?)..

Cara untuk faham dan ingat perkara2 tersebut: tips; dan tanya org2 pandai. maksudnya, tengah dia makan karipap, tegur dia: "eh, awk.. ape maksud Training dan beza dgn Trainer ek.." selepas beliau tersedak dari makan karipap tu, dia pasti akan jawab.. "Training tu ni., .. #%&%^ blaa bla.......dll, tapi Trainer tu pulak, hang jgn konpiuz, dia gini, .... @##%$% , hmm macamtu la,,,,kot..." uhuk uhuk..
Maka di sini, org2 genius,pandai atau dekan2 dlm kelas tu, mereka ada kebolehan di mana mereka mudah ingat dan mudah faham. Jadi, berkomunikasilah dgn mereka. tanya terms2 bg mendapatkan maksud dari pandangan dan kefahaman mereka. dgn cara dialog biasa bila cakap dgn kwn. bukan dgn gaya formal. (bicara atas pengalaman.. pengalaman bertanya, bukan yang menjawab.. aduh..) Penghargaan seumur hidup:pemilik atasyacute.blogspot.com (beliau la antara genius2 tu)


Sekian..


**bagi tips, macam dah prepare sangat2 tuk exam..

harap harap..
sempat sempat..
gerun gerun..

Kredit: Kosmo, ita atasya.







Teruskan membaca......

Monday, April 6, 2009

Gambar 18**

Hah!!

Tentu anda ingat ada gambar yang sensored2 ye.. takda pun.
saja wat titile untuk mengalakkan anda buka entri ni.. gambar cantik.
nak kongsi2...








Seperti biasa:
Kredit: Sumber

Teruskan membaca......

Kenapa Cikgu Kadang2 Naik Stres?

Kenapa agaknya cikgu sekolah kadang-kadang leh stress? Sedangkan dak2 di sekolah comel comel belaka, baik baik (ye ke?)..

Kebanyakkan anda mungkin dah pernah baca entri ini dari blog-blog orang lain, tapi apepun, tetap saya mahu sertakan di sini..

Sila lah lihat..












Kredit: Sumber

Teruskan membaca......